Pentauliahan

Berkualiti tinggi, ketelusan dan kesan jangka panjang sangat penting bagi organisasi kemanusiaan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan teknologi. Oleh itu, sangat penting untuk pihak kami berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam bidang ini, dan usaha kami mendapatkan pengiktirafan untuk manfaat masyarakat.

Registered HRD Corp Training Provider

SOLS 24/7 ialah Penyedia Latihan HRD Corp Berdaftar untuk korporat dan perniagaan. HRD Corp ialah sebuah organisasi dinamik yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang didedikasikan untuk menyusun semula dan meningkatkan kemahiran negara. Menerusi subsidi HRD Corp, kami dapat memberikan latihan Google Apps dan Sumber Dalam Talian kepada pelajar yang berminat untuk meningkatkan literasi digital mereka secara percuma.

Malaysian Collective Impact Initiative (MCII)

SOLS Foundation secara rasminya adalah rakan kongsi MCII. Fokus utama MCII adalah untuk membuat perubahan sosial yang signifikan melalui kaedah pendidikan. Melalui perkongsian ini, kami akan membawa literasi dan pendidikan digital kepada guru, pelajar, bilik darjah dan sekolah.

Give2Asia Network Member

SOLS Foundation adalah ahli rakan kongsi kebajikan rangkaian Give2Asia. Give2Asia adalah organisasi yang memperkasa komuniti dengan membina rangkaian yang dipercayai untuk pelaburan amal. Mereka memastikan projek berkesan, hasilnya telus, dan penerima gran adalah yang bertanggungjawab.

MSC Status Company

Status MSC diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), untuk entiti yang menggunakan teknologi multimedia untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.