SOLS Foundation komited dalam menjalankan asas pembangunan syarikat dan berurusan dengan entiti perniagaan dengan integriti.
SOLS Foundation telah mengembangkan Garis Panduan Pemberian Hadiah Anti-Rasuah (Garis Panduan) selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, sesuai dengan komitmen yang diberikan. Semua wakil yang bertindak atas nama SOLS Foundation dalam apa jua kapasiti, termasuk kakitangan, guru-guru, penjaga yang sah & sukarelawan, wajib mematuhi syarat-syarat dokumen ini semasa melibatkan atau menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan SOLS Foundation.
SOLS Foundation melarang apa jua jenis sogokan dan rasuah. Semua wakil SOLS Foundation harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung amalan rasuah dalam semua aktiviti dan urusan yang berkaitan dengan SOLS Foundation.
Semnua wakil SOLS Foundation & organisasi-organisasi yang berurusan dalam mana-mana projek yang akan datang, sedang berlangsung, mahupun projek yang lalau tidak boleh untuk melakukan atau bertindak dalam mana-mana urusan yang ditafsirkan sebagai ganti faedah kewangan yang mungkin atau mungkin tidak dikaitkan dengan penilaian rasional mereka yang mungkin atau mungkin tidak menjejaskan operasi perniagaan.
SOLS Foundation menerima sumbangan, tajaan, dana, dan hadiah bagi tujuan membantu organisasi untuk lebih maju dan menjalankan misi sosialnya. SOLS Foundation menggesa semua penderma untuk meminta bantuan penasihat undang-undang dan kewangan peribadi dalam hal-hal yang berkaitan dengan salah satu jenis sokongan di atas, termasuk yang melibatkan akibat dari cukai dan perancangan hartanah .
Berikut adalah garis panduan penerimaan hadiah yang disediakan untuk SOLS Foundation bagi kepentingan operasi, program atau perkhidmatannya:
SOLS Foundation akan meninjau semua jenis hadiah, sumbangan, dana dan pemberian dengan Lembaga Pengarah atau boleh mendapatkan nasihat dari penasihat undang-undang, dalam mana-mana perkara yang berkaitan dengan penerimaan hadiah apabila bersesuaian.
SOLS Foundation tidak akan menerima apa jua jenis hadiah yang :
Keputusan mengenai sekatan sifat sesebuah hadiah, dan penerimaannya ataupun penolakkannya, perlu dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif, setelah berunding dengan Pengarah Eksekutif.
Dasar SOLS 24/7 dan termasuk syarikat pemegangannya, anak syarikat Science of Life Studies 247 dan mana-mana syarikat yang berkait rapat dengan Science of Life Systems 247 Sdn. Bhd., SOLS Foundation, SOLS smart Sdn. Bhd., SOLS Energy Sdn. Bhd., dan Social Empresa Sdn. Bhd.
DASAR INI akan dikaji dan dikemaskini setiap tahun dan diikuti dengan penilaian kendiri terhadap kes-kes yang berlaku.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Polisi Anti-Rasuah dan Hadiah kami, hr@sols.foundation