Apa yang baru di SOLS 24/7

Apa yang baru di SOLS 24/7

Kami telah jadikan laman web kami lebih baik untuk anda semua

SOLS 24/7 sangat teruja untuk berkongsi berita menarik ini bahawa kami telah menaiktaraf laman web kami untuk menjadikan perjalanan pembelajaran anda bersama kami lebih baik.  

Laman Kelas Berwajah baru

Kami telah menambah laman kelas yang baru di mana anda boleh menemui kelas-kelas kami seperti biasa di bawah Hub Kemahiran dan lagi dua program yang akan datang untuk anda yang berminat dengan Solar dan TVET.  

Hub Kemahiran

Anda pasti sudah terbiasa melihat kelas-kelas dikategorikan sebagai Bahasa Inggeris, Kemahiran Digital dan Pembangungan Diri? Kesemua kelas-kelas ini masih berada di dalam Hub Kemahiran dan kelas-kelas tersebut telah kategorikan berdasarkan kemahiran yang anda ingin ceburi. Anda boleh memilih diantara:
  • Kemahiran Komunikasi
  • Peralatan Kerjaya DIgital
  • Persediaan untuk Temuduga
  • Kemahiran Menulis
  • Pencarian Diri
  • Menangani Konflik
Anda juga boleh menggunakan bar carian untuk mencari kelas anda dengan lebih mudah. Mencari kelas yang dikendalikan oleh guru-guru tertentu? Sila ke laman profil guru kami.  

Program Baru

Berminat untuk memulakan perjalanan kerjaya anda? Dua lagi program menarik akan menyusul.
  • Akademi Solar – Satu program untuk memulakan kerjaya anda sebagai pemasang Solar.
  • Akademi TVET – Koleksi kelas-kelas sokongan yang dapat membimbing pelajar TVET untuk memilih program, sehingga berjaya dalam kerjaya yang mereka pilih.
Daftarkan minat anda di laman-laman yang disediakan dan anda akan menjadi orang pertama yang akan kami hubungi apabila kelas dibuka.  
 

Sistem Tempahan Kelas telah Dinaik taraf

Kami telah memperbaiki cara untuk anda menempah kelas dengan lebih mudah. Daftar satu akaun dan tempah kelas anda dengan tiga langkah mudah. Tempahan kelas seterusnya hanya dengan satu klik. Jangan lupa untuk periksa email anda untuk butiran tempahan kelas anda.  
 

Pusat Bantuan Baru

  Bagi membantu anda dengan lebih baik, kami telah memnyediakan Pusat Bantuan. Di sini anda akan mendapat jawapan bagi soalan-soalan yang sering ditanya beserta video tutorial mengenai cara untuk memulakannya. Anda juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, jika anda ingin:
  • Berhubung dengan Staf kami untuk soalan umum dan maklum balas.
  • Bertanya kepada cikgu kami tentang isu-isu kelas kami.
  • Mendapatkan bantuan isu Tech berkaitan laman web kami.
 
  Terima kasih kerana memilih SOLS 24/7 sebagai platform pembelajaran pilihan anda.


Related Posts